Tiket aksi pembukaan, final Qatar 2022 laris
PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan sebanyak 804,186 tiket bagi perlawanan Piala Dunia Qatar 2022 hujung tahun ini telah pun dijual menerusi fasa pertama jualan.
Menurut badan induk itu, minat membeli tiket itu sebahagian besar datang dari Qatar, Amerika Syarikat, England, Mexico, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jerman, India, Brazil, Argentina dan Arab Saudi.
“Tiket untuk perlawanan pembukaan pada 21 November membabitkan tuan rumah Qatar selain pada final 18 Disember adalah antara paling popular.
“Sebahagian besar daripada 32 slot untuk pasukan sudah dijual dengan pasukan yang masih belum layak akan dilengkapkan selepas ini
“Penyokong yang tidak berjaya dalam fasa jualan pertama masih berpeluang untuk membeli ketika tempoh jualan terpilih di laman sesawang FIFA pada 5 April,” kata badan induk tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!