Umat Islam perlu bertenang

 Nik Muhammad
Nik Muhammad
A
A
A

KOTA BHARU - Umat Islam diminta bertenang dengan pelbagai isu yang menghimpit umat Islam kini, terutamanya melibatkan tragedi di New Zealand.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, umat Islam jangan sesekali cepat melatah dengan situasi tegang ketika ini.

"Jangan kita ikut rentak yang berlaku di luar negara, kita bertenang, kita hidup dalam keadaan harmoni, semua agama boleh beramal dengan tenang.

"Cuma agama rasmi Malaysia adalah Islam, kena ingat, masyarakat Melayu Islam ada hak keistimewaan sebagaimana dalam perjanjian kontrak sosial negara kita.

"Insya-ALLAH kita akan aman damai, dan kepada masyarakat Islam seluruh dunia, saya seru supaya mereka bersabar dengan baik dan berpegang kepada agama. Insya-ALLAH akan ada jalan keluarnya nanti," katanya kepada media disini.

Beliau menyampaikan kuliah Jumaat sesi kedua di Medan Ilmu di sini.

Terdahulu, beliau ditanya mengenai kejadian terbaru yang berlaku di beberapa masjid di Birmingham yang turut dikatakan melibatkan ekstrimis yang anti Islam sebagaimana berlaku di New Zealand.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!