Bestari mahu perkasa produk kepada pemain industri

Bestari turut menampilkan beberapa cef di pameran FHM 2022 untuk memasak sampel makanan dengan menggunakan produk Bestari kepada pengunjung. (Gambar kecil: Kari pasta merupakan antara sampel makanan yang dimasak sebagai mempromosikan produk baharu mereka, Pra-Campuran Serbuk Kari Segera Bestari.)
Bestari turut menampilkan beberapa cef di pameran FHM 2022 untuk memasak sampel makanan dengan menggunakan produk Bestari kepada pengunjung. (Gambar kecil: Kari pasta merupakan antara sampel makanan yang dimasak sebagai mempromosikan produk baharu mereka, Pra-Campuran Serbuk Kari Segera Bestari.)
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat pengeluar rangkaian jenama terkenal Tepung Goreng Ayam Bestari mahu memperkasakan lagi produk keluarannya kepada pemain industri melalui pameran Food and Hotel Malaysia (FHM 2022) yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula 29 Mac hingga 1 April ini.

Pengurus Pemasarannya, Azatul Izan Mohamed Nordin berkata, FHM 2022 bertindak sebagai platform yang ideal dalam membuka jalan serta ruang kepada semua pemain industri untuk menyambung semula dan bersedia untuk kembali ke dunia perniagaan dalam era yang mencabar ini.

Menurutnya, pameran yang disertai lebih 500 jenama terkenal dan syarikat yang mengambil bahagian itu bakal membuka peluang buat Bestari mempromosikan produk kepada klien berpotensi seperti cef hotel, pemilik kafe, restoran dan katering yang hadir.

Bestari giat memperkasakan produk keluarannya kepada pemain industri melalui pameran FHM 2022 yang sedang berlangsung di KLCC bermula 29 Mac hingga 1 April ini.
Bestari giat memperkasakan produk keluarannya kepada pemain industri melalui pameran FHM 2022 yang sedang berlangsung di KLCC bermula 29 Mac hingga 1 April ini.

“Selain produk tepung ayam goreng Bestari, kali ini, kita lebih fokus kepada produk serbuk telur masin dan terbaharu serbuk kari segera iaitu Pra-Campuran Serbuk Kari Segera Bestari.

“Kami juga akan turut mengetengahkan jenama Snek Kacang Kow Kow dan memperkenalkan mesin-mesin pemprosesan makanan di bawah jenama Synerchem Engineering,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Mengulas lanjut, Azatul Izan berkata, melalui pameran berkenaan, pihaknya berkesempatan untuk berhubung secara terus dengan pemain industri yang memerlukan produk-produk keluaran Bestari.

“Justeru FHM 2022 adalah platform yang tepat untuk mempromosikan produk Bestari dan pada masa sama kami boleh menyesuaikannya mengikut kehendak pemilik, sama ada mereka mahukan bungkusan besar, kecil dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

Pameran itu turut memperkenalkan mesin-mesin pemprosesan makanan di bawah jenama Synerchem Engineering.
Pameran itu turut memperkenalkan mesin-mesin pemprosesan makanan di bawah jenama Synerchem Engineering.

“Kami juga bawakan cef sendiri untuk masak sampel makanan dengan menggunakan produk Bestari kepada pengunjung. Antaranya, kami ada kari piza yang diperbuat daripada serbuk kari ikan atau ayam, kari pasta, fettuccine telur masin dan bihun tomyam, semuanya menggunakan produk Bestari.

“Alhamdulillah, sambutan diterima sangat menggalakkan, ditambah lokasi reruai kami betul-betul berhadapan dengan pintu masuk utama,” ujarnya.

Pada masa sama, Azatul Izan turut berharap agar produk Bestari akan sentiasa memenuhi keperluan setiap pengguna dan mendapat tempat di hati mereka bukan sahaja kepada pemain industri.

“Saya berharap produk Bestari dapat memudahkan urusan memasak pengguna di luar sana terutamanya menjelang bulan Ramadan ini,” katanya.

Pameran yang dianjurkan bersama Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Culinaire Profesional Malaysia (PCA) dan Malaysian Food and Beverage Executives Association (MFBEA), FHM 2022 turut menampilkan elemen baharu yang menonjolkan makanan berasaskan tumbuhan, Industri 4.0 dan produk terbiodegradasi dengan memberi lebih penekanan kepada produk dan perkhidmatan kebersihan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!