19,500 hektar hutan simpan di Kelantan lulus untuk ditebang

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak 19,500 hektar Kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri ini diluluskan bagi kerja-kerja penebangan menerusi Catuan Tebangan Tahunan (CTT) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kelulusan membabitkan pembahagian sebanyak 3,900 hektar setiap tahun bermula dari tahun 2021 sehingga 2025.

"Perkara ini telah diluluskan menerusi mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-77 yang bersidang pada September 2020," katanya semasa menjawab soalan dikemukakan Saiful Adli Abu Bakar (Pas-Salor) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, pada Khamis.

ADUN Pasir Pekan itu berkata, pemantauan menerusi 'Forest Monitoring Using Remote Sensing' (FMRS) menggunakan dron dan rondaan darat secara berkala dilakukan bagi mengekang dan mengawal penebangan hutan secara haram.

Beliau berkata, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) turut digerakkan membuat pemantauan di lokasi panas yang berpotensi berlaku pencerobohan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!