Beli Minyak Sapi Alzara dan akhbar Sinar Harian, menang duit raya!

Syed Zainul bangga dengan permintaan Minyak Sapi Alzara di pasaran yang meningkat lebih 50 peratus.
Syed Zainul bangga dengan permintaan Minyak Sapi Alzara di pasaran yang meningkat lebih 50 peratus.
A
A
A

Kejayaan kolaboratif antara Alzara Foods Sdn Bhd dengan Sinar Harian menganjurkan per tandingan #MasakGempakAlzara di aplikasi TikTok tahun lalu, telah membuka ruang lebih luas bagi kedua-dua pihak untuk meraikan pelanggan buat kali kedua tahun ini.

Sempena Ramadan kali ini, penganjuran peraduan berkonsepkan Beli & Menang Duit Raya dilaksanakan menerusi kaedah mengumpulkan tiga keratan kepala akhbar Sinar Harian bermula 1 April dan akan berakhir pada 22 April ini.

Setiap penyertaan mestilah disertai dengan resit pembelian Minyak Sapi Alzara, menjawab lima soalan mudah di dalam akhbar Sinar Harian dan mencipta dua rangkap pantun yang kreatif.

Pemenang-pemenang yang bertuah bakal memenangi hadiah duit raya berjumlah keseluruhan RM10,000.

Syed Zainul menyeru orang ramai menyertai peraduan Beli & Menang Duit Raya.
Syed Zainul menyeru orang ramai menyertai peraduan Beli & Menang Duit Raya.

Pengurus Bahagian Pemasaran, Pengiklanan serta Promosi Alzara, Syed Zainul Alhady berkata, dengan menyertai pertandingan ini, mampu memberi peluang kepada peserta memenangi hadiah wang tunai di samping mencipta kenangan menyeronokkan ketika menyediakan resipi istimewa buat keluarga sempena Ramadan dan Syawal nanti.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkaitan peraduan Beli & Menang Duit Raya bersama Alzara di dalam akhbar Sinar Harian dan platform media sosial Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

“Jangan lepaskan peluang untuk memperolehi hadiah-hadiah yang kami tawarkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengenali Alzara

Penggunaan minyak sapi menjadi antara elemen penting yang digunakan dalam pelbagai jenis masakan khususnya menu-menu istimewa bagi mengadakan sebarang majlis keraian.

Menyedari keperluan itu, Alzara Foods Sdn Bhd terus berusaha menawarkan produk dengan kualiti terbaik dengan memasarkan produk Minyak Sapi Alzara sejak empat tahun lalu.

No Image Caption

Diperbuat dengan ramuan bermutu tinggi, Minyak Sapi Alzara menjanjikan aroma dan cita rasa istimewa, menjadikannya bukan sekadar standing dengan produk jenama terkemuka, bahkan memberi satu nilai tambah yang tersendiri.

Penggunaan minyak sapi mampu meningkatkan rasa masakan khususnya seperti nasi briyani, nasi minyak dan juga pelbagai jenis biskut bagi musim perayaan.

Menurut Syed Zainul, kerana itu juga saiz tin Minyak Sapi Alzara didatangkan dengan pelbagai saiz, agar mudah disesuaikan dengan penggunaan sama ada untuk hidangan keluarga atau untuk majlis keraian yang berskala besar.

“Kami melihat terdapat jurang dalam pasaran di mana orang ramai memerlukan produk berkualiti dengan harga berpatutan dan sudah tentu memerlukan produk yang mampu meningkatkan cita rasa masakan.

“Jadi sejak empat tahun lalu, Alzara yang dihasilkan dengan ramuan istimewa ini telah berada di pasaran.

“Setiap tin Minyak Sapi Alzara mengandungi 20 hingga 25 peratus lebih minyak sapi secara percuma dan lebih menarik, ia dijual dengan harga yang berpatutan dan jauh lebih murah daripada jenama lain.

“Masakan dihasilkan dengan menggunakan minyak sapi Alzara pastinya lebih ‘terangkat’ dan memberikan cita rasa serta aroma berbeza yang akan membuka selera,” katanya.

No Image Caption

Permintaan meningkat Syed Zainul berkata, sejak berada di pasaran, permintaan bagi Minyak Sapi Alzara telah meningkat lebih 50 peratus.

Katanya, bagi memenuhi permintaan pelanggan juga, syarikat mengambil pendekatan dengan menempatkan produk di lebih banyak premis jualan.

“Antara premis jualan produk minyak sapi Alzara termasuk di pasar raya besar seluruh negara seperti Econsave, dan EcoShop. Produk ini juga boleh didapati di pasar raya tempatan, pasar mini dan kedaikedai runcit.

“Selain itu juga, kami tidak ketinggalan dalam memasarkan produk melalui jualan atas talian iaitu melalui platform Lazada dan Shopee,” katanya.

Pihaknya juga memberi jaminan harga tidak akan dinaikkan bagi musim perayaan ini meskipun harga bahan mentah meningkat dengan ketara.

INFO HARGA:

Pek 150g (125g + FREE 20%)

- RM4.00 - RM5.00

Pek 500g (400g + FREE 25%)

- RM10.00 – RM12.00

Pek 1Kg (800g + FREE 25%)

- RM18.00 – RM20.00

Pek 5kg

- RM89.90

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!