Sumbat lapan PATI dalam Myvi

Tindakan tekong darat menyeludup masuk lapan PATI warga Myanmar menggunakan kereta Myvi gagal apabila ditahan Batalion 7 PGA Kuantan di Kampung Kedap, Rantau Panjang pada Rabu.
Tindakan tekong darat menyeludup masuk lapan PATI warga Myanmar menggunakan kereta Myvi gagal apabila ditahan Batalion 7 PGA Kuantan di Kampung Kedap, Rantau Panjang pada Rabu.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Tindakan tekong darat menyeludup masuk lapan orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar menggunakan kereta Perodua Myvi gagal apabila ditahan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan di Kampung Kedap di sini pada Rabu.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa melakukan rondaan rutin pada jam 7.30 malam anggota bertugas telah melihat sebuah kereta Perodua Myvi dipandu dalam keadaan mencurigakan dari arah jalan Jeram Perdah menghala ke Rantau Panjang.

"Anggota bertugas terus mengekori dan berjaya menahan kereta itu di Kampung Kedap. Selepas itu anggota bertugas terus membuat pemeriksaan di dalam kereta berkenaan dan menemui sembilan PATI warga Myanmar," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menjumpai tujuh PATI lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Beliau berkata, selain itu seorang lelaki warga Myanmar yang bertindak sebagai tekong darat turut dicekup dalam serbuan tersebut.

Azhari berkata, enam daripada lapan PATI itu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Katanya, kesemua PATI dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!