Sengaja tidak percayakan al-Quran dianggap dosa besar

Nooh ketika Forum Khas bertajuk ‘Rasuah Nampak Senang di Dunia, Sengkek di Akhirat’ anjuran Sinar Harian pada Khamis.
Nooh ketika Forum Khas bertajuk ‘Rasuah Nampak Senang di Dunia, Sengkek di Akhirat’ anjuran Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Umat Islam yang sengaja tidak mempercayakan segala kandungan yang terdapat di dalam al-Quran berhubung amalan rasuah boleh dianggap dosa besar, sekali gus membawa kepada hilangnya akidah seseorang.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Dr Nooh Gadot berkata, ia berikutan dalam surah al-Baqarah ayat 188 sememangnya sudah jelas menyatakan bahawa Islam melarang seseorang itu melakukan rasuah, malah hukumnya juga adalah haram.

“Ini termasuklah menerima sogokan, suapan dan mengambil harta orang lain dengan cara yang zalim. Semua ini bertentangan dengan hukum syarak dan undang-undang negara.

“Justeru, mereka yang sengaja tidak mempercayakan al-Quran dianggap satu dosa besar dan boleh membawa kepada hilangnya akidah,” katanya pada Forum Khas bertajuk ‘Rasuah Nampak Senang di Dunia, Sengkek di Akhirat’ anjuran Sinar Harian pada Khamis.

Forum Khas berkenaan juga diilhamkan bersempena buku Rasuah Nampak Senang Di Dunia, Sengkek Di Akhirat yang ditulis oleh Datuk Mohamad Din Yusoh.

Mengulas lanjut Nooh berkata, dalam hadis Nabi SAW turut menjelaskan bahawa seseorang yang terlibat dengan rasuah akan dilaknat dan dibenci oleh ALLAH SWT, malah akan menerima azab sengsara di dunia dan juga di akhirat.

“Selain itu, ijmak ulama’ juga bersepakat untuk mengharamkan rasuah ini. Jangan menjadi darah daging kerana ia akan memudaratkan seseorang.

“Bagi mereka yang sudah terjebak dengan amalan rasuah, maka segera lah bertaubat kepada ALLAH SWT,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!