Angelina Jolie lawat kanak-kanak Ukraine di Hospital Rom
ROM - Pelakon Hollywood dan aktivis hak asasi manusia, Angelina Jolie melawat kanak-kanak Ukraine di Hospital Bambino Gesù di Rom pada Rabu, lapor Agensi Berita Itali (ANSA) pada Khamis.
"Saya berdoa agar perang segera tamat. Itulah satu-satunya cara untuk menghentikan penderitaan dan melarikan diri dari kawasan konflik.
"Sungguh mengerikan apabila melihat kanak-kanak terpaksa menanggungnya, kehilangan nyawa, kesihatan terjejas dan mengalami trauma" katanya.
Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNHCR pada Rabu berkata empat juta rakyat Ukraine kini terpaksa meninggalkan negara itu selepas pencerobohan Rusia. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!