Khaidir tuntut permohonan maaf, ganti rugi RM3 juta

Khaidir bersama laporan polis dibuat terhadap portal berita tersebut pada 11 Januari lalu.
Khaidir bersama laporan polis dibuat terhadap portal berita tersebut pada 11 Januari lalu.
A
A
A

TEMERLOH - Bekas Ketua Pengarang Berita TV3, Khaidir Ahmad menuntut permohonan maaf secara terbuka dan ganti rugi RM3 juta daripada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Dua lagi pihak yang dinamakan dalam tuntutan itu ialah portal berita kerajaan negeri, PahangKu Media dan Ketua Pengarang PahangKu Media, Azam Abdul Rahman.

Tuntutan itu dibuat susulan kenyataan yang dibuat terhadap Khaidir menerusi posting atau terbitan di akaun Facebook PahangKu Media pada 10 Januari 2022.

Surat tuntutan bertarikh 18 Mac 2022 itu dibuat menerusi firma guaman Law Practice of Rafique yang beribu pejabat di Shah Alam, Selangor.

Menerusi surat tuntutan itu, Khaidir yang juga aktivis alam sekitar dan rakyat, antara lain menyifatkan kenyataan berkenaan adalah tidak benar, berniat jahat dan berunsur fitnah yang menggambarkan seorang yang salah, terpesong serta memiliki keperibadian yang teruk.

Selain itu, beliau juga digambarkan seorang dengan cara yang salah mempergunakan kedudukan dan pengaruhnya untuk melakukan perkara yang menyalahi undang-undang demi untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pahang.

Beliau juga digambarkan seorang yang tidak berperikemanusiaan yang hanya mengeksploitasi kanak-kanak dan terlibat dalam perniagaan ubat kuat lelaki dan seorang yang mempunyai tabiat di luar tabii seperti pelaku amang seksual dan gemar mengeksploitasi kanak-kanak bagi tujuan meraih populariti.

Sehubungan itu, Khaidir meminta pihak terbabit menarik balik kesemua kenyataan bersifat fitnah yang terkandung dalam hantaran Facebook berkenaan dan memohon maaf secara terbuka serta membayar ganti rugi RM3 juta dan kos guaman RM55,000 dalam tempoh rujuk hari daripada tarikh surat tuntutan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Jika gagal mematuhi Notis Tuntutan itu, Khaidir akan mengarahkan peguam beliau memulakan prosiding undang-undang terhadap empat pihak yang dinamakan dalam tuntutan berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!