Watford harap cipta kejutan

Roy Rodgson
Roy Rodgson
A
A
A

PENGENDALI Watford, Roy Hodgson mengakui hanya mampu ‘berharap’ untuk mencipta kejutan ke atas Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), di Anfield pada Sabtu.

Menurutnya, biarpun ramai yang bakal mempertikaikan kenyataannya itu terutamanya penyokong Watford, tetapi ia merupakan sesuatu yang realisitik berdasarkan kepada prestasi kedua-dua pasukan berkenaan ketika ini.

“Dalam soal ini kita perlu realistik dan memahami ada beberapa perlawanan menyaksikan kita berdepan dengan pasukan yang bukan dalam kalangan tiga pasukan tercorot seperti kita.

“Sebagai contoh, selepas Liverpool, kita akan berdepan Burnley yang ‘senasib’ dengan kita ketika ini dan mempunyai kualiti serta pemain setaraf dengan kita.

“Selepas itu ada juga beberapa perlawanan yang mana kita mengharapkan pemain dapat mempamerkan aksi terbaik dan memberikan kejutan menerusi keputusan yang tidak dijangka oleh sesiapa,” katanya.

Untuk rekod, pada aksi EPL di Vicarage Road Oktober lalu, Watford tewas 0-5 kepada Liverpool.

Justeru, sudah pasti kekalahan itu mahu ditebus skuad The Hornets itu ketika berdepan The Reds kali ini.

Sementara itu Hodgson mahu kesebelasan Watford mempamerkan aksi terbaik mereka dalam usaha mencatatkan keputusan positif di Anfield kali ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, biarpun kelihatan agak mustahil, tetapi ia boleh menjadi realiti jika semua pemain dapat mengikuti segala percaturan taktikal yang telah disediakan.

“Kita tahu kita akan berdepan dengan sebuah pasukan yang hebat seperti Liverpool, tetapi dalam masa sama, kita juga perlu mencatatkan kejayaan dan keluar daripada zon bahaya,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!