[VIDEO] Remaja 16 tahun didakwa bunuh rakan
KUANTAN - Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas tuduhan membunuh rakannya di surau kompleks rumah anak yatim dan miskin di sini pada 20 Mac lalu.
Remaja 16 tahun mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dan tiada pengakuan direkodkan dihadapan Majistret Ainis Abu Hassan Shaari.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap rakannya berusia 11 tahun.
Perbuatan itu dilakukan di surau kompleks rumah anak yatim dan miskin di Jalan Pantai Sepat di sini, antara jam 3.45 hingga 4.15 petang pada 20 Mac lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika didapati bersalah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fadhlin Hani Khairon manakala remaja terbabit diwakili peguam Datuk Mohd Najib Husain.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 1 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pada 20 Mac lalu, seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia dipercayai akibat dibelasah pelajar senior disebabkan wang RM4 di bangunan surau asrama berkenaan.
Mangsa dipercayai disepak, dicekik dan dihempas ke lantai oleh suspek sehingga tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan.
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dalam sidang media pada 25 Mac lalu memaklumkan hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan hentakan di kepala.
@sinarharianonline Mangsa dipercayai disepak, dicekik dan dihempas ke lantai! #fyp#TikTokNews#TrendingNewsMalaysia#BuletinTikTok original sound - Sinar Harian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!