Latihan bebas GP Argentina tertangguh akibat masalah logistik

Kelewatan ketibaan kelengkapan tidak akan menjejaskan saingan GP Argentina. - Foto Reuters
Kelewatan ketibaan kelengkapan tidak akan menjejaskan saingan GP Argentina. - Foto Reuters
A
A
A

PIHAK MotoGP menangguhkan sesi latihan bebas di Litar Autódromo Termas de Río Hondo sempena Grand Prix (GP) Argentina pada Jumaat berikutan masalah kelewatan salah satu penerbangan kargo yang masih terkandas di Mombasa, Kenya.

Menurut satu kenyataan daripada pihak MotoGP, sebanyak lima pesawat kargo terlibat telah bertolak dari Lombok, Indonesia pada Khamis bagi mengangkut kesemua kelengkapan sempena GP berkenaan.

“Pesawat kargo yang dilaporkan terkandas itu sebenarnya sedang menanti ketibaan alat ganti pesawat berkenaan sebelum boleh kembali memulakan penerbangan.

“Berdasarkan jadual, kesemua lima penerbangan kargo berkenaan dijadualkan berlepas dari Lombok pada Khamis dan dijangka tiba di Argentina pada Jumaat.

“Bagaimanapun, disebabkan satu penerbangan kargo yang masih terkandas di Kenya, kesemua peralatan tidak dapat diterima mengikut jadual,” katanya.

GP Argentina dijadualkan berlangsung pada 4 April 2022 dengan sesi ujian dan kelayakan dibuat pada 2 dan 3 April.

Bagaimanapun menurut kenyataan tersebut, kelewatan penerbangan kargo itu tidak menjejaskan jadual serta masa perlumbaan sebenar sebagaimana yang telah ditetapkan.

“Perlumbaan akan berlangsung seperti biasa dan mengikut jadual. Difahamkan kesemua pesawat kargo berkenaan tiba ke Argentina selewat-lewatnya pada Jumaat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!