Pertemuan Muhyiddin, Dr Mahathir strategi untuk kepentingan maslahat

Hamzah
Hamzah
A
A
A

PUTRAJAYA - Pertemuan antara Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan salah satu strategi bagi memastikan apa yang dilakukan adalah untuk kepentingan maslahat yang lebih besar.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan,

“Itu pada saya adalah sikap yang tidak ada keterbukaan. Tidak timbul siapa jumpa siapa.

“Yang penting pada kita semua pemimpin-pemimpin terutamanya pemimpin besar dalam negara kita harus duduk dan memikirkan tanggungjawab mereka demi untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi libat urus bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) di Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Jumaat.

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini dilapor menyatakan bahawa Muhyiddin mengadakan pertemuan bersama Dr Mahathir bagi mengemukakan cadangan gabungan parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Mukhriz berkata, perjumpaan itu berlangsung sekitar dua minggu lalu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Hamzah yang merupakan Ahli Parlimen Larut turut menyelar pihak yang mengapi-apikan pertemuan antara kedua-dua pemimpin terbabit.

Artikel Berkaitan:

“Yang kita ini nak api-apikan orang ini jumpa orang ini buat apa. Pada saya tak penting isu itu.

“Yang pentingnya apakah agenda yang boleh mereka sama-sama buat untuk kepentingan negara,” jelasnya.

Menteri Dalam Negeri itu juga menyatakan bahawa beliau berbangga pertemuan yang dijalankan antara Muhyiddin dan Dr Mahathir itu.

“Sama ada Tan Sri Muhyiddin jumpa Tun Mahathir, orang muda jumpa orang tua patut kita hormat.

“Saya bangga presiden saya bertemu dengan bekas pengerusi parti saya. Saya juga bangga melihat sebagai bekas pengerusi parti saya, sanggup menerima bekas presiden dia.

“Itu adalah sesuatu yang baik. Saya berdoa ia mencapai satu matlamat yang boleh membantu negara,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!