Kebenaran rapat saf: Umat Islam perlu terus patuh SOP

 Idris Ahmad (tengah) pada Program Sambutan Ihya' Ramadan Peringkat Kebangsaan 1443H/ 2022M di Dewan Sheikh Daud Al- Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jumaat. - Foto Bernama
Idris Ahmad (tengah) pada Program Sambutan Ihya' Ramadan Peringkat Kebangsaan 1443H/ 2022M di Dewan Sheikh Daud Al- Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Umat Islam di negara ini diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 ketika menunaikan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal (rapat saf) di masjid dan surau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, pematuhan SOP juga perlu dipraktikkan ketika menghadiri sebarang program keagamaan sepanjang Ramadan.

"Aspek pematuhan SOP perlu dikekalkan. Yang belum ambil vaksin atau dos penggalak, perlu segera berbuat demikian,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Sambutan Ihya’ Ramadan Peringkat Kebangsaan pada Jumaat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri pada 8 Mac lalu mengumumkan aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau serta upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam, boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April 2022.

Idris dalam pada itu menasihatkan ‘geng plastik hitam’ agar tidak mengulangi perbuatan sama untuk mengelakkan diri dari terus dibelenggu dosa kerana tidak berpuasa wajib ketika Ramadan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!