Kasut, selipar 'raya' tiruan bernilai lebih RM85,000 dirampas

Sebahagian kasut dan selipar tiruan yang dirampas dalam sebuah premis di Bachang pada Khamis lalu.
Sebahagian kasut dan selipar tiruan yang dirampas dalam sebuah premis di Bachang pada Khamis lalu.
A
A
A

MELAKA - Sebanyak 4,277 pasang kasut dan selipar tiruan jenama terkenal bernilai kira-kira RM85,710 dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Bachang di sini, Khamis lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Norena Jaafar berkata, operasi itu dijalankan lebih kurang jam 12 tengah hari selepas pasukan penguat kuasa membuat risikan di premis yang dijadikan stor menyimpan barangan tiruan sejak minggu lalu.

Menurutnya, dalam serbuan itu, seorang lelaki tempatan berusia 30-an disyaki pemilik barangan tersebut telah ditahan.

Katanya, premis itu dipercayai beroperasi hampir sebulan lalu manakala kasut serta selipar tiruan itu akan dijual di bazar-bazar Aidilfitri

"Bagaimanapun individu itu dilepaskan dengan jaminan polis. Kesemua barangan yang disita dibawa dan disimpan di stor KPDNHEP," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut beliau berkata, modus operandi turut menyasarkan penjualan secara dalam talian melalui platform media sosial.

Ujar beliau, pemilik barangan terbabit menumpukan jualan kepada pengguna terutamanya menjelang sambutan Hari Raya Adilfitri.

"Melalui Seksyen Penguat Kuasa menyarankan pengguna menjadi mata dan telinga KPDNHEP dalam melaporkan sebarang salah laku berkaitan perdagangan dan juga isu kepenggunaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat dibawah Seksyen. 102(1) (c) Akta Cap Dagangan 2019.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!