Polis kesan Maltilda Voon

Maltilda dikesan berhubung perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jenayah, Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Maltilda dikesan berhubung perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jenayah, Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan seorang wanita, Maltilda Voon, 33, berhubung perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jenayah, Mahkamah Jalan Duta di sini.

PDRM dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, wanita tersebut merupakan salah seorang saksi membabitkan perbicaraan ke di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Polis Kuala Lumpur memohon kerjasama untuk membuat hebahan media bagi tujuan mengesan saksi kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jenayah 7, Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur.

"Maltilda Voon, wanita tempatan bangsa Khek (Hakka) berusia 33 tahun," menurut kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Inspektor Muhamad Syamil Ahmad Nasi di talian 011-21990316 / 03-26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!