Bulan Kesedaran Penyu

No Image Caption
A
A
A
Penyu dewasa dilepaskan semula ke laut sempena Majlis Pelancaran Bulan Kesedaran Penyu Negeri Terengganu di Pantai Rantau Abang di sini.

Tiga penyu yang ditemukan sebelum ini mengalami kecederaan telah menerima rawatan di Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang sebelum dilepaskan semula ke laut setelah disahkan sihat.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Ruzaidi Mamat berkata pihaknya telah merekodkan 31 kes kematian penyu sejak Januari hingga Mac tahun ini, antara lain disebabkan ombak kuat pada musim tengkujuh yang menyukarkan haiwan tersebut untuk naik ke permukaan air bagi mendapatkan udara.

Selain itu faktor kematian penyu itu juga disebabkan aktiviti pukat tunda yang tidak menepati syarat ditetapkan iaitu tiada pemasangan alat Peranti Penyisih Penyu (TED), amat penting bagi memudahkan penyu yang terperangkap di dalam pukat untuk keluar.

Selain itu pembuangan sampah oleh orang awam ke dalam sungai dan laut turut menjadi ancaman kepada reptilia itu yang termakan plastik kerana menganggap ia adalah obor-obor. - Foto Bernama
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan Cuti Perayaan

No Image Caption
GALERI

Pulang Bercuti

No Image Caption
GALERI

Koleksi Kupu-kupu

No Image Caption
GALERI

Runtuhan tebing Sungai Kelantan