Sepanyol optimis mampu juarai Piala Dunia 2022

Enrique
Enrique
A
A
A

PENGENDALI Sepanyol, Luis Enrique optimis pasukannya mampu memenangi Piala Dunia tahun ini meskipun diundi bersama beberapa pasukan kuat termasuk Jerman.

Sepanyol yang merupakan pasukan pilihan diundi dalam kumpulan E bersama Jerman, Jepun dan satu lagi pemenang pusingan 'play off' di antara Costa Rica dan New Zealand.

"Kami diundi dalam kumpulan yang mempunyai pasukan hebat.

Jadi sudah tentu saingan dalam kumpulan ini sengit yang mana pemain-pemain akan menikmati setiap minit ketika bermain di Piala Dunia kali ini.

“Jadi tidak kira siapa lawan, kami akan bermain sehabis baik sehingga menjadi pasukan yang sukar untuk ditewaskan oleh mana-mana pihak.

"Sudah tiba masanya untuk pasukan berseronok dan buat sehabis baik.

"Sepanyol kini berada di ranking ketujuh dunia dan kami akan menakluki dunia,” katanya.

Untuk rekod, pasukan yang diberi jolokkan La Roja itu gagal menewaskan Jerman ketika diundi bersama dalam satu kumpulan pada edisi yang disertainya sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, dalam pertemuan terbaharu di antara dua gergasi eropah itu, Sepanyol berjaya menewaskan Jerman 6-0 dalam saingan Liga Negara Eropah pada tahun 2020.

Dalam pasukan E, hanya Sepanyol dan Jerman yang berjaya merangkul trofi tersebut masing-masing pada tahun 2010 dan 2014.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!