Harga daging segar naik menjelang Ramadan

Ahmad Danial Haris (kiri) menimbang daging lembu segar di gerainya di Pasar Tani Hiliran, Kuala Terengganu.
Ahmad Danial Haris (kiri) menimbang daging lembu segar di gerainya di Pasar Tani Hiliran, Kuala Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Harga daging segar meningkat ekoran permintaan tinggi menjelang Ramadan.

Tinjauan di Pasar Tani Hiliran, di sini pada Sabtu mendapati harga daging segar dijual RM35 sekilogram (kg) naik RM1 berbanding RM34 minggu lalu.

Seorang peniaga, Nor Azilah Aziz, 40, berkata, jualan daging lembu dan kambing segar di gerainya juga terpaksa dinaikkan disebabkan peningkatan harga daripada pembekal.

Katanya, harga daging diperoleh daripada pembekal ialah RM32 sekilogram manakala daging kambing (tempatan) pula RM45.

"Harga daging lembu yang dijual hari ini RM35, naik RM1 sejak Jumaat manakala harga bagi daging kambing segar yang dijual RM47 iaitu naik RM2 berbanding RM45 minggu lalu.

"Bagi daging kambing setakat ini harga kita masih dalam kategori rendah kerana ada juga yang jual antara RM50 hingga RM55 bagi setiap sekilogram," katanya.

Mohd Fadeli Hisam Che Lah (kiri) melayan pelanggan yang singgah di gerainya yang beroperasi di Pasar Tani Hiliran.
Mohd Fadeli Hisam Che Lah (kiri) melayan pelanggan yang singgah di gerainya yang beroperasi di Pasar Tani Hiliran.

Menurut Nor Azilah, kuantiti daging yang dijual juga ditambah sehingga dua kali ganda berikutan peningkatan pelanggan yang ingin membuat persediaan menjelang sambutan Ramadan pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

"Hari ini kita tambah hampir dua kali ganda daging lembu kepada 600kg berbanding jualan pada hari biasa 200kg.

"Bagi daging kambing pula, bekalan ditambah kepada 110kg berbanding 50kg pada hari biasa," katanya yang mula membuka gerai jam 7 pagi hingga 12 tengah hari.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Ahmad Danial Haris Amruzi, 24, berkata, bekalan daging agak sukar diperoleh menyebabkan harganya meningkat.

"Biasanya, menjelang Ramadan bekalan daging agak sukar diperoleh disebabkan permintaan tinggi yang secara tidak langsung menyebabkan peningkatan harga.

"Setakat ini, saya dapatkan bekalan daripada tiga pembekal termasuk dari luar Terengganu," katanya yang turut menambah kuantiti jualan daripada 100kg kepada 500kg.

Ahmad Danial Haris berkata, daging lembu segar dijual dengan harga (RM35), tulang (RM30), paru (RM30), hati dan limpa (RM35), perut (RM18) dan daging cincang (RM14) pada Sabtu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!