Hubungi 999 jika hadapi banjir serius

Sebahagian penduduk dibantu APM Daerah Kuala Selangor untuk dipindahkan ke SK Pasangan.
Sebahagian penduduk dibantu APM Daerah Kuala Selangor untuk dipindahkan ke SK Pasangan.
A
A
A
KUALA SELANGOR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Selangor menasihatkan penduduk yang berdepan musibah banjir supaya segera menghubungi pihak berwajib.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Selangor, Leftenan (PA) Ab Azizul Hakim Ab Rahim berkata, tindakan pantas perlu diambil sebagai langkah keselamatan.

"Jika berlaku limpahan air yang serius, penduduk perlu membuat panggilan kecemasan 999 supaya bantuan awal dapat digerakkan di kawasan terjejas.

"Ini memandangkan sekarang ini musim tengkujuh dan penduduk dinasihati segera berpindah sekiranya diarahkan," katanya yang menempatkan dua pegawai dan lima sukarelawan APM di pusat pemindahan banjir di SK Pasangan.

Katanya lagi, musibah banjir seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana air boleh naik tanpa diduga walaupun tiada hujan lebat.
Artikel Berkaitan:


"Air boleh naik mendadak akibat paras sungai yang melimpah. Keadaan dikhuatiri lebih buruk sekiranya rumah penduduk berhampiran sungai.

"Selain musibah banjir, kami bimbang jika ada juga haiwan berbisa seperti ular memasuki rumah tanpa disedari dan boleh membahayakan penduduk," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!