Fasa endemik: Rakyat Kelantan diseru rebut peluang imarahkan masjid

Ahmad
Ahmad
A
A
A

KOTA BHARU - Umat Islam di Kelantan diseru memanfaatkan fasa peralihan endemik dengan mengimarahkan masjid dan surau untuk bertadarus, qiam dan beriktikaf sepanjang bulan Ramadan.

Menteri Besar, Ahmad Yakob berkata, pembukaan semula Madinah Ramadan di tengah bandar Kota Bharu juga dijangka menghidupkan kembali suasana bulan puasa yang menjadi sinonim dengan Kota Bharu Bandaraya Islam.

Katanya, peralihan ini juga membuka lebih luas aktiviti ekonomi buat rakyat untuk mencari rezeki dan diharap setiap rakyat Kelantan sentiasa mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan.

"Saya menyeru agar kita semua meriahkan rumah-rumah ALLAH SWT dengan solat berjemaah dan solat sunat tarawih. Banyakkan tadabbur dan membaca al-Quran serta bersedekah,” katanya menerusi kenyataan perutusan khas Ramadan pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!