Terubat rindu solat tarawih di Masjid Al-Muktafi Billah Shah
BERITA SEMASA 3 APRIL 2022
Selepas dua tahun dilanda pandemik, masjid kembali diimarahkan oleh umat Islam terutama jemaah wanita yang mengakui terlalu rindu untuk menunaikan solat sunat tarawih berjemaah pada bulan Ramadan, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim dari Masjid Al-Muktafi Billah Shah di Kuala Terengganu.
Seorang jemaah dari Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Tengku Nor Izyan Sofia Tengku Samsul Alang, 25 berkata, peluang merapatkan saf ketika solat tarawih secara berjemaah amat dinantikan.
Dan berharap agar semua jemaah dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) agar umat Islam terus boleh merapatkan saf dan pintu masjid sentiasa dibuka.
Baca artikel penuh DI SINI
Muzik: www.bensound.com
#BeritaSemasa #MeriahkanRamadan #SinarHarian