Kisah dongeng Eriksen bawa tuah buat Brentford

Eriksen meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. - Foto Focus Image
Eriksen meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. - Foto Focus Image
A
A
A

PENGENDALI Brentford Thomas Frank menyifatkan kisah dongeng berterusan mengenai kemunculan semula pemain Denmark, Christian Eriksen dalam saingan Liga Pedana Inggeris (EPL) nyata membawa tuah apabila kehadiran pemain berkenaan telah membantu kemenangan 4-1 ke atas Chelsea pada Sabtu.

Menurut Frank, kehadiran semula Eriksen ternyata memberi pengaruh besar pada aksi berdepan Chelsea apabila beliau turut menjaringkan satu gol bagi membantu kemenangan The Bees.

“Bagi saya, kisah dongeng mengenai Eriksen ini akan berterusan dan saya tidak begitu kisah mengenainya tetapi saya gembira dengan kehadirannya membantu pasukan.

“Sejak awal perlawanan saya telah membuat pemeriksaan bagi memastikan Eriksen benar-benar cergas untuk beraksi dan saya lega apabila dia cukup bersedia untuk beraksi. Saya tidak menyangka dia kembali berada pada prestasi terbaik seperti ini,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, pemain pertahanan The Blules, Antonio Rudiger membuka jaringan pada minit ke-48, namun pemain Brentford, Vitaly Janelt menyamakan kedudukan pada minit ke-50 sebelum Eriksen menjaringkan gol pada minit ke-54.

Janelt kemudiannya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-60 dan seterusnya pemain gantian, Yoane Wissa menjaringkan gol keempat pada minit ke-80 bagi mengesahkan kemenangan kali ini.

Untuk rekod, pemain Denmark itu rebah ketika beraksi berdepan Finland di Stadium Parken dalam saingan Euro 2020 lalu akibat serangan jantung atau cardiac arrest.

Menurutnya, kisah mengenai Eriksen sering diperkatakan ketika ini dan ia terbukti apabila dengan kembalinya Eriksen dalam kesebelasan utama, skuad The Bees itu cemerlang menewaskan Chelsea, 4-1 pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Frank menyifatkan kemenangan ke atas Chelsea itu sebagai satu pencapaian yang cukup membanggakan bagi kelab berkenaan.

Kejayaan menewaskan The Blues di Stamford Bridge itu juga boleh disifatkan sebagai sejarah baharu buat Brentford.

“Kejayaan ini cukup bermakna kerana kami menewaskan juara Eropah, juara dunia dan ia merupakan sesuatu yang sempurna,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!