Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Tradisi memasak bubur lambuk Masjid Kampung Baru diteruskan

03 April 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 3 APRIL 2022

Sebanyak 15 periuk bubur lambuk Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur dimasak setiap hari untuk diagihkan secara percuma kepada orang awam sepanjang Ramadan, lapor wartawan Norafiza Jaafar dan Engku Shariful Azni.

Seramai sembilan tukang masak terlibat dalam menyediakan juadah tersebut bermula jam 6.30 pagi sebelum 12 sukarelawan akan mengambil alih tugas pembungkusan.

Keenakan bubur lambuk Masjid Kampung Baru pastinya dinantikan warga kota yang sanggup beratur panjang setiap petang bagi mendapatkan juadah berbuka puasa itu sepanjang Ramadan.

Baca artikel penuh DI SINI

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #MeriahkanRamadan #SinarHarian