Penjual aiskrim sebak Ebit Lew hadiahkan kereta

Ebit Lew (dua dari kanan) bersama wanita yang tular menjual aiskrim potong menaiki motor beroda tiga di Terengganu. - Foto FB Ebit Lew
Ebit Lew (dua dari kanan) bersama wanita yang tular menjual aiskrim potong menaiki motor beroda tiga di Terengganu. - Foto FB Ebit Lew
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang penjual aiskrim potong di Terengganu tidak dapat menahan sebak apabila pendakwah popular, Ebit Lew menghadiahkannya sebuah kereta.

Ebit menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan kisah wanita yang menjaga ibu saudara orang kurang upaya (OKU) sambil berniaga menaiki motor beroda tiga itu mendapat perhatiannya apabila tular di media sosial.

Sebaik mengetahui kisah itu, Ebit berkata, dia bertolak ke Terengganu untuk bertemu dan membawa wanita tersebut ke pusat pameran kenderaan di Kuala Terengganu bagi membeli kereta secara tunai.

"Lepas Subuh terus ke Terengganu. Sampai tadi kakak ini terkejut dan gembira. Saya terus bawa kakak ini beli kereta dekat Perodua Kuala Terengganu.

"Baik layanan semuanya terus kami bayar cash (tunai) kereta ini untuk hadiah pada kakak ini," katanya dalam satu hantaran dimuat naik di Facebook pada Ahad.

Dalam pada itu, Ebit berkata, wanita tersebut sebelum ini pernah menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana, namun terpaksa berhenti belajar kerana mengalami masalah kewangan selain mahu membantu menjaga ibu saudaranya.

Ebit turut memuji kecekalan wanita tersebut yang tidak bergantung harap kepada sesiapa walaupun menghadapi kesukaran hidup.

"Jika sesiapa nak bantunya, boleh beri aiskrim potongnya dan taja kepada anak yatim atau majlis buka puasa.

Artikel Berkaitan:

"Makcik tadi tiba-tiba pegang tangan saya cium dan ketawa gembira je bila dapat kereta baru. Semoga ALLAH berkati keluarga ini dan berikan rezeki mencurah-curah buatnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!