Covid-19: PM doakan kesembuhan Agong, Permaisuri

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara setelah disahkan positif Covid-19.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara setelah disahkan positif Covid-19.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan kesembuhan dan kesihatan yang baik untuk Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi catatan di akaun Facebook pada Ahad, Ismail Sabri berkata, seluruh Keluarga Malaysia turut menitipkan doa yang sama buat Seri Paduka Baginda berdua.

"Patik dan seluruh Keluarga Malaysia mendoakan agar ALLAH SWT mengurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik untuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong,” katanya.

Pada Sabtu, Bernama melaporkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara setelah disahkan positif Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan memaklumkan Al-Sultan Abdullah akan menjalani kuarantin kendiri hingga Khamis ini manakala Tunku Azizah hingga Jumaat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!