Ramadan bermakna buat tukang kebun

Abdul Rahman (kiri) bertanyakan sesuatu kepada Mazlan (tengah) dan Mahliza sempena majlis penyerahan kunci rumah tersebut di Kampung Peruang, Lipis pada Sabtu.
Abdul Rahman (kiri) bertanyakan sesuatu kepada Mazlan (tengah) dan Mahliza sempena majlis penyerahan kunci rumah tersebut di Kampung Peruang, Lipis pada Sabtu.
A
A
A

LIPIS- "Ramadan yang sangat bermakna buat kami sekeluarga tahun ini," kata seorang tukang kebun, Mazlan Hassan,47 dari Kampung Peruang di sini selepas mendapat rumah baharu menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Sebelum ini, rumah bapa kepada lima cahaya mata itu musnah akibat kebakaran menjelang dua hari sambutan Aidilfitri pada tahun lalu.

Menurutnya, ketika kejadian mereka sekeluarga sudah pulang ke kampung di Jerantut sebelum dimaklumkan oleh jiran mengenai insiden tersebut.

"Saya dan isteri memang tidak menjangka mendapat rumah baharu daripada kerajaan.

"Sebelum ini, memang rasa risau, sedih bila rumah sebelum ini yang telah diduduki hampir 20 tahun musnah sekelip mata.

"Syukur kerana nasib kami mendapat perhatian dan anak-anak pun sangat gembira dan teruja di rumah baharu ini," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Keluarga tersebut menerima kunci rumah yang disampaikan sendiri Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad pada Sabtu.

Sementara itu isteri Mazlan, Mahliza Rahidik, 42, turut menyifatkan ia umpama mimpi namun bersyukur kerana mereka sekeluarga berpeluang tinggal di rumah sendiri selepas menyewa hampir 10 bulan selepas kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Ramadan dan selepas ini Syawal pula memang ia amat bermakna buat kami dapat bersama di rumah baharu," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!