Projek Wakaf Air telan belanja RM860,000

Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim
A
A
A

PUTRAJAYA - Wakaf Air yang membiayai pelbagai projek perkhidmatan air berskala kecil telah menelan belanja mencecah RM860,000.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jumlah tersebut direkodkan setakat 28 Februari lalu dengan 21 projek telah dilaksanakan.

"Marilah kita mendoakan agar semua pewakaf diberi ganjaran yang luas oleh ALLAH dan pahala mengalir seperti air," tulisnya di Facebook pada Isnin.

Menurutnya, pada tahun ini, KASA mensasarkan RM2 juta perbelanjaan dana.

"Banyak lagi sedang diusahakan. Terima kasih Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)!" katanya.

Berdasarkan agihan bagi tempoh tersebut, lima projek Wakaf Air telah dilaksanakan Kelantan dan Pahang.

Kedah, Perak dan Selangor masing-masing tiga projek, manakala satu di Negeri Sembilan dan Johor.

Tabung Wakaf Air merupakan inisiatif KASA melalui kerjasama YWM bertujuan menyediakan sumber pembiayaan alternatif projek-projek perkhidmatan air secara mudah, cepat dan mampan melalui instrumen wakaf.

Artikel Berkaitan:

Wakaf Air yang dilancarkan pada Disember 2020 menyediakan platform kepada masyarakat awam, korporat dan pihak swasta untuk turut sama mengambil bahagian berdasarkan kemampuan masing-masing dalam usaha kerajaan menyediakan perkhidmatan air kepada mereka yang memerlukan melangkaui sempadan agama, kaum dan keturunan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!