Nak bayar zakat, wakaf dan sedekah? Gunalah aplikasi Tulus

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Sempena bulan Ramadan, Tulus Digital iaitu perintis kepada platform Kewangan Sosial Islamdigital menyediakan perkhidmatan atas talian bagi pelbagai urusan amal jariah merangkumi zakat, wakaf, infaq dan sedekah.

Segala urusan pembayaran zakat boleh disempurnakan pembayarannya melalui kaedah secara digital dengan begitu mudah dan selamat, iaitu hanya di hujung jari.

No Image Caption

Perkhidmatan aplikasi Tulus yang diwujudkan sejak dua tahun lalu membolehkan kemudahan pembayaran secara digital kepada pengguna tanpa mengira masa dan lokasi mereka dengan menggabungkan semua organisasi Islamik yang merangkumi perkhidmatan pembayaran zakat, wakaf, infaq dan sedekah.

Aplikasi ini membuka ruang dan kemudahan kepada masyarakat Islam untuk melaksanakan pelbagai urusan pembayaran berkaitan amal jariah dengan lebih mudah dan telus.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Pengerusi Eksekutif Tulus Digital, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, berkata, Tulus menyediakan fasiliti pembayaran beretika melalui aplikasi mudah telefon pintar Tulus bagi memperkasa pembangunan ekonomi dan kesejahteraan ummah merangkumi gaya hidup digital kepada rakyat Malaysia.

“Selaras dengan visi pendigitalan sektor kewangan khususnya kewangan sosial Islam, Tulus menyediakan inovasi teknologi yang dipandu Maqasid Al-shariah dengan sebuah platform pembayaran beretika yang telus serta mematuhi asas syariah untuk memberi peluang kepada masyarakat Islam melaksanakan pembayaran pelbagai urusan berkaitan amal jariah dengan mudah dan selamat.

No Image Caption

No Image Caption

“Bagi Ramadan kali ini, aplikasi Tulus turut menyediakan saluran pembayaran zakat bagi 11 negeri di Malaysia yang merangkumi Wilayah Persekutuan dan WP Labuan, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Perak serta Perlis dan menyasarkan 950,000 pembayar zakat pada Ramadan tahun ini,”katanya.

Aplikasi mudah alih Tulus boleh dimuat turun daripada Google Play Store dan Apple iOS Store. Selain itu, bayaran zakat ke setiap negeri juga boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang https://tulus.app

No Image Caption

Bertemakan “Nak Zakat, Wakaf, Infaq dan Sedekah Online? #TulusJerLah!”, Tulus Digital mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam bersama-sama menggunakan aplikasi ini sebagai salah satu cara untuk membuat sumbangan dan pembayaran zakat secara digital serta amal kebajikan di alam maya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!