Bergantung ubat untuk tidur

Wan Yusrizal menyampaikan sumbangan kepada Minah.
Wan Yusrizal menyampaikan sumbangan kepada Minah.
A
A
A

KUALA NERUS - Istilah menikmati kehidupan normal sudah tiada dalam kamus kehidupan seorang warga emas dari Felda Belara apabila menghidap insomnia sejak setahun lalu.

Minah Hussin, 81, kini bergantung sepenuhnya dengan bantuan ubat tidur untuk melelapkan matanya walaupun keadaan kesihatannya tidak menentu disebabkan tahap kolestrol yang tinggi.

Anaknya, Nor Shalawati Harun berkata, ibu bergantung dengan ubat diperoleh daripada klinik kesihatan berhampiran setelah menunjukkan simptom menghidap penyakit itu bermula tahun lalu.

“Ibu saya tidak dapat tidur pada waktu malam.

Mohamed yang menderita penyakit saraf dan kencing manis turut menerima lawatan.
Mohamed yang menderita penyakit saraf dan kencing manis turut menerima lawatan.

“Penyakit ini bermula tahun lepas selepas ibu tak dapat tidur dalam beberapa hari (di peringkat awal)," katanya.

Nor Shalawati ditemui semasa lawatan Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus diketuai Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Wan Yusrizal bin Wan Shafi'i di Felda Belara, di sini.

Dalam pada itu, seorang lagi warga emas, Mohamed Che Man, 72, yang menderita penyakit saraf dan kencing manis turut menerima lawatan Wan Yusrizal sempena program lawatan di Felda Belara.

Artikel Berkaitan:

Warga emas itu menghidap penyakit saraf sejak hampir 10 tahun lalu dan tidak mampu berjalan dengan normal sebaliknya terpaksa menggunakan tongkat dan bantuan untuk melakukan aktiviti lain.

“Sejak tahun lepas, penyakit saraf saya ini bertambah teruk dan saya sudah tidak mampu berjalan seperti biasa dan memerlukan bantuan daripada keluarga jika mahukan sesuatu,” katanya.

Derita kedua-dua pesakit terbabit bagaimanapun mendapat perhatian seterusnya menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!