UK, Poland, Jerman bincang isu Ukraine, gesa pertingkat sekatan

Perdana Menteri UK, Boris Johnson akan bertemu Canselor Jerman, Olaf Scholz dan Presiden Poland, Andrzej Duda di London minggu ini untuk membincangkan situasi di Ukraine. - Gambar hiasan
Perdana Menteri UK, Boris Johnson akan bertemu Canselor Jerman, Olaf Scholz dan Presiden Poland, Andrzej Duda di London minggu ini untuk membincangkan situasi di Ukraine. - Gambar hiasan
A
A
A

LONDON - Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson akan bertemu Canselor Jerman, Olaf Scholz dan Presiden Poland, Andrzej Duda di London minggu ini untuk membincangkan situasi di Ukraine, lapor Sputnik.

Menurut Downing Street, sebagai ahli NATO, UK akan terus menyokong Kiev dan Johnson menamakan Penasihat Hal Ehwal Antarabangsa dan Timbalan Penasihat Keselamatan Negara, David Quarrey sebagai Wakil Tetap UK yang baharu ke NATO.

The Times pada Isnin melaporkan Scholz dijadual bertemu dengan Johnson di London pada Jumaat dan Perdana Menteri dijangka menggesa canselor Jerman untuk meningkatkan sekatan anti-Rusia, tekanan diplomatik, ekonomi dan ketenteraan ke atas Rusia.

Pada 24 Februari, Rusia melancarkan operasi ketenteraan khas di Ukraine selepas Republik Rakyat Donetsk dan Luhansk (DPR dan LPR) merayu bantuan untuk mempertahankan diri daripada tentera Kiev.

Menurut Rusia, operasi itu hanya menyasarkan infrastruktur ketenteraan Ukraine. Sebagai tindak balas kepada operasi Rusia, negara-negara Barat melancarkan kempen sekatan menyeluruh terhadap Moscow. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!