Haja Mohideen, pembuat songkok tradisional

No Image Caption
A
A
A
Setiap kali menjelang bulan Ramadan, pembuat songkok tradisional Haja Mohideen Mohd Shariff, 73, mula sibuk membuat songkok yang ditempah oleh pelanggannya sambil ditemani mesin jahit setia yang berusia 71 tahun.



Haja Mohideen mula menjahit songkok sejak 12 tahun di sebuah kedai yang berukuran 14 kaki panjang dan 7 kaki lebar yang terletak di belakang bangunan warisan Masjid Nagore di Lebuh King di sini.

 Beliau yang mendapat bimbingan bapanya, kini dapat menghasilkan pelbagai jenis songkok antaranya ialah Tarbus, Jinnah dan Karzi.

Tambahnya, songkok jenis Jinnah adalah permintaan tinggi pada musim perayaan tahun ini.

 Menurutnya, perniagaannya menjadi semakin sibuk menjelang Ramadan sehingga memerlukan 12 hingga 14 jam setiap hari bagi menyiapkan tempahan dan menghasilkan 15 songkok sambil dibantu menantunya Abdul Kader Mohammed Mydin, 46.



Songkok baldu yang dihasilkan secara tradisional itu dijual antara RM30 hingga RM45 manakala, songkok Jinnah dijual bermula dengan harga RM60 dan harganya akan bertambah mengikut saiz songkok berkenaan.

 Haja Mohideen kelihatan sibuk menyiapkan songkok yang ditempah di kedainya yang terletak di belakang Masjid Nagore.

 - Foto Bernama
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan banjir di Kuala Terengganu

No Image Caption
GALERI

Aktiviti Musim Tengkujuh

No Image Caption
GALERI

Lawatan Muzium Kesenian Islam Malaysia