Lebih 2 juta pelajar sekolah menengah mula sesi bersemuka hari ini

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seramai 2,060,997 pelajar sekolah menengah terlibat dalam sesi persekolahan secara bersemuka mulai hari ini, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sejak awal sesi persekolahan 2022/2023 bulan lepas.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, bagi sekolah rendah pula, seramai 2,674,104 murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka sejak sesi persekolahan bermula pada 21 Mac lepas.

Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan murid sekolah menengah dan rendah yang mengikuti PdP secara bersemuka adalah seramai 4,735,101 orang.

"Pada masa sama, seramai 273,025 murid Tahun 3, 4 dan 5 bagi sekolah rendah dengan enrolmen lebih 600 murid, masih hadir ke sekolah secara penggiliran

"Kementerian Pendidikan sedang meneliti situasi tersebut bagi membolehkan kumpulan murid ini dapat hadir ke sekolah tanpa penggiliran," katanya menerusi catatan di Facebook rasmi beliau pada Isnin.

Radzi turut mengucapkan terima kasih kepada murid, guru dan ibu bapa yang sentiasa memberikan keutamaan pada aspek keselamatan bagi membolehkan operasi sekolah secara bersemuka berjalan lancar dan selamat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!