Enam pelajar Malaysia diterima masuk Harvard tahun ini

Enam pelajar Malaysia mencipta sejarah apabila diterima masuk ke salah sebuah universiti terkemuka di dunia, Universiti Harvard.
Enam pelajar Malaysia mencipta sejarah apabila diterima masuk ke salah sebuah universiti terkemuka di dunia, Universiti Harvard.
A
A
A

SHAH ALAM - Enam pelajar Malaysia mencipta sejarah apabila diterima masuk ke salah sebuah universiti terkemuka di dunia, Universiti Harvard pada tahun ini.

Salah seorang Alumni Penemuduga Kolej Harvard untuk Malaysia, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob berkata, ia merupakan rekod tertinggi bagi kemasukan ke universiti tersebut berbanding tahun sebelumnya.

Tambahnya, pencapaian itu amat membanggakan kerana sebelum ini, maksimum hanya dua pelajar dari Malaysia atau tiada langsung yang diterima masuk ke universiti tersebut.

“Kami sangat teruja kerana lima pelajar Malaysia ini memecah rekod setelah menghadiri temu duga di dalam negara sekali gus diterima masuk ke Harvard dalam tahun yang sama.

"Manakala permohonan seorang pelajar, Alyssa Yap pula menerusi temu duga di Singapura," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Selain itu, Jacintha Tagal juga merupakan alumni di sana meluahkan perasaan gembira kerana Harvard terus mengiktiraf anak muda Malaysia.

“Saya yakin dengan sumber yang tersedia di Harvard, mereka akan mempunyai peluang untuk memenuhi matlamat peribadi dan menjadi duta yang hebat untuk Malaysia.

“Kami juga berharap mereka akan menjadi contoh kepada rakan pelajar Malaysia dan menyumbang untuk menjadi pemimpin rakyat dalam komuniti,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Alumni Penemuduga Kolej Harvard, Nick Khaw berkata, kesemua pelajar tersebut datang daripada semua negeri sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk berkembang maju.

Keenam-enam pelajar tersebut terdiri daripada Herman Leong Xin Yang dan Ishant Shah dari Pulau Pinang, Chooi Je Qin dari Johor, Carisma Michaela Wong dari Sabah dan Lee Ee Jenn dari Kuala Lumpur serta Alyssa Yap dari Sarawak.

Kesemua mereka akan menamatkan pengajian di Harvard pada tahun 2026.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!