Isu penjualan tanah: PH, UMNO sengaja kenakan Ahmad Faizal

Muhammad Faizul
Muhammad Faizul
A
A
A

IPOH - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak menyifatkan isu penjualan tanah lapangan terbang di Seri Iskandar sengaja ditimbulkan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO untuk memburukkan Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ketua Armada Perak, Muhammad Faizul Mohamed Ismail berkata, segala dakwaan dan penafian dibuat oleh pemimpin PH mengenai isu tersebut dilihat terarah kepada Ahmad Faizal yang merupakan Menteri Besar Perak ketika itu.

Menurutnya, isu yang dibangkitkan itu seolah-olah cuba memerangkap Ahmad Faizal sedangkan kesemua mereka pernah bersama-sama menjadi anggota exco kerajaan negeri ketika zaman PH dan Perikatan Nasional (PN).

"Semua sudah sedia maklum bahawa PH dan UMNO bekerjasama dengan era. PH ada memberi memorandum sokongan kepada menteri besar sekarang untuk menerajui negeri Perak.

"Jadi mereka sudah pasti ada persefahaman antara mereka untuk menimbulkan atau sensasikan isu bagi memburuk-burukkan Parti pribumi Malaysia (Bersatu)," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menurutnya, sokongan PH kepada UMNO bukan perkara baharu kerana usaha menjatuhkan Ahmad Faizal sebagai menteri besar sebelum ini pun disebabkan sokongan kedua-dua parti itu.

Katanya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dilihat mempunyai niat tertentu dalam isu ini kerana mengambil masa lebih setahun untuk mendedahkan perkara tersebut sebaik sahaja Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Nga Kor Ming daripada DAP membangkitkan ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara itu, Muhammad Faizul turut menyifatkan isu yang dibangkitkan memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) akan berlangsung tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mereka menganggap isu berkenaan boleh menjadi senjata untuk melemahkan lawan mereka terutama Bersatu yang semakin mendapat sokongan rakyat.

Jelasnya, PH dan UMNO terpaksa menggunakan isu penjualan lapangan terbang itu untuk memburuk-burukkan Bersatu sedangkan ketika PH dan PN (PN), mereka bekerja di bawah kepimpinan Ahmad Faizal.

Beliau berkata, mustahil untuk kesemua anggota exco kerajaan negeri ketika zaman PH dan PN tidak mengetahui tentang perkara tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!