Rakyat Kelantan ramai ditipu Macau Scam, rugi lebih RM1.3 juta

Wazir
Wazir
A
A
A
KOTA BHARU - Polis Kelantan mendedahkan rakyat di negeri itu ramai dikesan menjadi mangsa penipuan Macau Scam susulan berlaku peningkatan kes tersebut sepanjang tempoh Februari dan Mac tahun ini dengan membabitkan kerugian lebih RM1.3 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kelantan, Asisten Komisioner Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, sepanjang tempoh itu sebanyak 41 kes direkodkan melibatkan penipuan Macau Scam.

"Penipuan berkait e-dagang menduduki tempat kedua menerusi 37 kes yang membabitkan kerugian berjumlah RM380,088.81," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, pada Selasa.

Menurutnya, sebanyak RM248,139.5 kerugian melibatkan penipuan pelaburan dalam talian pula telah direkodkan sekali gus menduduki tempat ketiga dalam tempoh dua bulan itu.

Beliau berkata, baki selebihnya melibatkan penipuan pinjaman tidak wujud dan parcel scam.
Artikel Berkaitan:


"Jumlah keseluruhan kerugian melibatkan lima kategori itu bernilai lebih RM2.2 juta dalam tempoh dua bulan tersebut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!