Bantah harga bahan api naik, Peru kenakan perintah berkurung

Peru mengisytiharkan darurat dan mengenakan perintah berkurung di bandar Lima dan Callao berikutan 'keganasan' yang tercetus. - Foto Reuters
Peru mengisytiharkan darurat dan mengenakan perintah berkurung di bandar Lima dan Callao berikutan 'keganasan' yang tercetus. - Foto Reuters
A
A
A

ANKARA - Peru mengisytiharkan darurat dan mengenakan perintah berkurung di bandar Lima dan Callao berikutan 'keganasan' yang tercetus, lapor Agensi Berita Andina pada Selasa.

Pada Isnin keganasan tercetus apabila kesatuan pekerja lori mengadakan mogok membantah kenaikan harga bahan api.

Presiden Pedro Castillo dalam satu ucapan berkata, langkah itu diambil kerana beberapa kumpulan dilaporkan berusaha untuk menyekat akses ke kedua-dua bandar raya berkenaan.

Perintah berkurung berkuat kuasa sehingga tengah malam Selasa, lapor Agensi Anadolu. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!