Sabah himpit JDT

Pemain Sabah, Mohd Rizal Mohd Ghazali (kanan) cuba mengawal bola yang ditampan pemain Melaka United, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat dekat Krubong, pada Selasa.
Pemain Sabah, Mohd Rizal Mohd Ghazali (kanan) cuba mengawal bola yang ditampan pemain Melaka United, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat dekat Krubong, pada Selasa.
A
A
A

SABAH FC melonjak ke tangga kedua Liga Super selepas mengejutkan pasukan pilihan Melaka United, 1-0 dalam perlawanan di Stadium Hang Jebat pada Selasa.

Anak buah Datuk Ong Kim Swee yang tampil ke bumi Melaka dengan misi memburu tiga mata bagi memperkukuhkan saingan liga selepas sekadar melakar satu kemenangan daripada dua perlawanan sebelum itu.

Pemain pertahanan The Rhinos dari Korea Selatan, Park Tae-Soo muncul wira pelawat apabila meledak jaringan tunggal pada minit ke-25' perlawanan sekali gus membolehkan kelab Kepulauan Borneo tersebut menduduki tangga kedua liga dengan enam mata selepas mengharungi tiga perlawanan.

The Rhinos mengumpul sama mata dengan pendahulu Johor Darul Ta'zim (JDT), namun dipisahkan dengan jaringan yang memihak penyandang juara dari selatan tanah air tersebut.

Sementara skuad Hang Tuah kendalian Risto Vidakovic juga masih terus memburu kemenangan pertama selepas sekali seri dan dua tewas dalam tiga perlawanan menduduki tangga kesembilan liga dengan satu mata.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!