Alzara, Sinar Harian rai pelanggan

Peraduan Beli dan Menang Duit Raya menawarkan hadiah pertama sebanyak RM3,500, kedua (RM2,500), ketiga (RM1,500) dan 10 hadiah saguhati bernilai RM250 setiap seorang.
Peraduan Beli dan Menang Duit Raya menawarkan hadiah pertama sebanyak RM3,500, kedua (RM2,500), ketiga (RM1,500) dan 10 hadiah saguhati bernilai RM250 setiap seorang.
A
A
A

SHAH ALAM - Peraduan Beli dan Menang Duit Raya anjuran Alzara Foods Sdn Bhd dan Sinar Harian yang sedang berlangsung ketika ini bertujuan meraikan pelanggan masing-masing bersempena Ramadan dan musim perayaan kali ini.

Pengurus Bahagian Pemasaran, Pengiklanan serta Promosi Alzara, Syed Zainul Alhady menyeru orang ramai khususnya pengguna setia Minyak Sapi Alzara dan pembaca Sinar Harian sama-sama merebut peluang yang ditawarkan bagi tahun kedua ini.

Menurutnya, Peraduan Beli dan Menang Duit Raya menawarkan hadiah pertama sebanyak RM3,500, kedua (RM2,500), ketiga (RM1,500) dan 10 hadiah saguhati bernilai RM250 setiap seorang.

“Penyertaannya sangat mudah, Beli Minyak Sapi Alzara bernilai RM20 dan ke atas, kepilkan resit pembelian sebagai bukti, secara automatik anda layak untuk menyertai peraduan ini.

“Peserta hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah dan mengarang dua rangkap pantun yang kreatif berkaitan Minyak Sapi Alzara,” jelasnya.

Sementara itu, katanya, konsep puisi Melayu tradisional pantun yang diketengahkan sebagai syarat wajib penyertaan dalam peraduan kali ini bertujuan untuk mencungkil bakat rakyat Malaysia yang kreatif.

Beliau berkata, Alzara ingin membawa kembali tradisi berpantun dalam kalangan masyarakat yang dilihat sudah semakin pudar.

“Kalau bukan kita yang memartabatkan tradisi berpantun siapa lagi? Selain itu, hadiah wang tunai, soalan-soalan menarik dan peluang memenangi cabutan bertuah menjadi antara keistimewaan peraduan kali,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Syed Zainul turut berharap melalui peraduan itu, minyak sapi keluaran Alzara akan terus mendapat tempat di hati pengguna dan menjadi pilihan utama bagi setiap isi rumah untuk meningkatkan rasa masakan khususnya nasi beriani, nasi minyak dan juga pelbagai jenis biskut bagi musim perayaan.

Syed Zainul bersama produk Alzara.
Syed Zainul bersama produk Alzara.

Inisiatif

Sementara itu, Ketua Jabatan Iklan Sinar Harian, Airol Fadley Limin berkata, penganjuran peraduan itu dilaksanakan menerusi kaedah mengumpulkan tiga keratan kepala akhbar Sinar Harian bermula 1 hingga 18 April 2022.

“Sinar Harian akan mengeluarkan borang penyertaan sebanyak enam kali iaitu pada 1, 3, 5, 7, 9 serta 11 April dan pemenang akan ditentukan menerusi undian cabutan bertuah oleh juri yang terdiri daripada pihak Alzara dan Sinar Harian,” ujarnya.

Menurutnya, dalam situasi ekonomi negara yang masih dalam tempoh pemulihan, peraduan ini adalah antara inisiatif Alzara Foods Sdn Bhd bersama Sinar Harian membantu meringankan beban kewangan pelanggan masing-masing yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.

“Ketika ini, rakyat tidak mempunyai kewangan yang kukuh. Orang ramai sudah mula menggunakan wang simpanan mereka untuk menyara hidup.

“Justeru, kami sediakan platform peraduan ini kerana mahu setiap lapisan masyarakat diberi peluang memenangi hadiah wang tunai yang sedikit sebanyak dapat membantu kelangsungan hidup mereka ketika ini.

“Penularan Covid-19 ditambah bencana banjir buruk memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan rakyat. Ini cara kami bantu rakyat dan kami harap ramai yang akan menyertainya,” jelasnya.

Menurutnya, kempen bagi mempromosikan peraduan itu merangkumi pelbagai platform media sosial seperti TikTok, Instagram dan Facebook, laman web serta akhbar Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Alzara atas kepercayaan merealisasikan kempen Peraduan Beli dan Menang Duit Raya Minyak Sapi Alzara buat kali kedua.

“Alhamdulillah, Sinar Harian sekali lagi terpilih sebagai media utama bagi mempromosikan minyak sapi keluaran Alzara.

“Terima kasih Alzara kerana beri kami kepercayaan dan respon yang sangat positif serta percaya kepada pengurusan Sinar Harian untuk menjalankan kempen peraduannya.

“Ini sekali gus membuktikan kami adalah akhbar yang dipercayai oleh Alzara dan pengguna-pengguna mereka,” katanya.

Beliau turut berharap agar peraduan berkonsepkan pemberian hadiah berbentuk wang tunai itu dapat dilaksanakan pada masa akan datang sebagai usaha memberi ganjaran kepada pembaca setia akhbar Sinar Harian dan pengguna Minyak Sapi Alzara.

“Usaha kolaboratif ini dapat bantu mengekalkan hubungan baik dan meningkatkan kepercayaan Alzara terhadap akhbar Sinar Harian.

“Kempen ini diharap berterusan pada masa akan datang agar kedua-dua syarikat saling melengkapi antara satu sama lain,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!