Tentera Rusia tembak jatuh dua helikopter Ukraine
MOSCOW - Dua helikopter Ukraine ditembak jatuh oleh sistem pertahanan antipesawat Rusia yang cuba memindahkan pemimpin batalion nasionalis yang mempertahankan pelabuhan Mariupol, kata Kementerian Pertahanan Rusia pada Selasa.
"Di sekitar Mariupol pada 5 April, percubaan baharu oleh rejim Kiev untuk memindahkan pemimpin batalion nasionalis Azov telah dibatalkan.
"Dua helikopter Mi-8 Ukraine, cuba sampai ke bandar dari laut, ditembak jatuh oleh sistem antipesawat mudah alih," kata Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov sepeti dilaporkan oleh AFP.
Beliau berkata, pada pagi Selasa, beliau meminta pejuang-pejuang Ukraine meletakkan senjata dan meninggalkan bandar itu melalui laluan yang dipersetujui ke wilayah di bawah kawalan Kiev.
Namun, katanya, tentera Ukraine telah mengabaikan cadangan itu.
“Beikutan Kiev tidak berminat untuk menyelamatkan nyawa askarnya. Mariupol akan dibebaskan daripada golongan nasionalis,” kata Konashenkov.
Pada minggu lalu, beliau berkata tentera, Rusia telah menembak jatuh sebuah helikopter Ukraine di ruang udara Laut Azov yang digunakan untuk memindahkan komander batalion Azov. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!