Buku nota Charles Darwin dikembalikan selepas dua dekad

Satu daripada dua buku nota Charles Darwin yang hilang dari Perpustakaan Universiti Cambridge selama lebih dua dekad. - Foto Reuters
Satu daripada dua buku nota Charles Darwin yang hilang dari Perpustakaan Universiti Cambridge selama lebih dua dekad. - Foto Reuters
A
A
A

LONDON - Dua buku nota Charles Darwin yang hilang dari Perpustakaan Universiti Cambridge selama lebih dua dekad telah dikembalikan, umum pihak perpustakaan pada Selasa.

Bungkusan yang mengandungi buku nota termasuk lakaran Tree of Life Darwin 1837 telah dikembalikan oleh seorang yang tidak dikenali pada 9 Mac, bersama-sama sekeping nota bertulis: "Pustakawan. Selamat Hari Easter. X.”

Menurut United Press International (UPI), bungkusan itu diletakkan di kawasan awam di luar pejabat pustakawan di tingkat empat bangunan perpustakaan itu.

Pada November 2020, pustakawan Jessica Gardner merayu kepada orang ramai untuk memulangkan buku berkenaan.

"Saya berasa amat lega selepas buku itu dipulangkan," kata Gardner.

Gardner berkata, susulan dengan kehilangan buku tersebut ciri-ciri keselamatan di perpustakaan itu telah dinaik taraf.

Buku nota itu akan dipamerkan di perpustakaan berkenaan mulai 9 Julai. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!