'Ingatkan pengsan rupanya tertidur'

Anggota bomba membuka pintu kenderaan lelaki tersebut selepas menerima panggilan orang awam pada jam 1.33 pagi pada Rabu.- Foto: Ihsan JBPM
Anggota bomba membuka pintu kenderaan lelaki tersebut selepas menerima panggilan orang awam pada jam 1.33 pagi pada Rabu.- Foto: Ihsan JBPM
A
A
A

RAUB - Situasi cemas selepas seorang lelaki disangkakan pengsan di dalam kenderaan di Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Lembah Klau di sini pada Rabu.

Lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang awam pada jam 1.33 pagi untuk membuka pintu kereta terbabit.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir memberitahu, sebaik tiba di tempat kejadian pintu kenderaan jenis Toyota Wish didapati terkunci.

Menurutnya, dalam kenderaan itu terdapat seorang lelaki berusia 26 tahun yang disangka telah pengsan dan tidak sedarkan diri.

"Anggota diarahkan untuk membuka pintu menggunakan peralatan khas dan mengambil masa kira-kira 10 minit bagi tujuan tersebut.

"Setelah pintu dibuka dan pemeriksaan, didapati lelaki tersebut hanya tidur di dalam kereta," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, lelaki tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!