MPT Bersatu beri mandat kepada Muhyiddin bincang strategi PRU

Hamzah
Hamzah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberi mandat penuh kepada Biro Politik yang dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan strategi parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bersama parti-parti politik lain.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan pada Rabu berkata, keputusan MPT Bersatu itu dibuat dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Muhyiddin pada Selasa.

"MPT Bersatu antara lain telah membincangkan hal-hal berkenaan pengurusan parti, perkembangan politik tanah air dan keputusan Pilihan Raya Negeri Johor 2022 yang diadakan pada 12 Mac lepas,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!