PDRM tunggu laporan lengkap kes bunuh rakyat Malaysia di Australia

Ayob Khan
Ayob Khan
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu laporan lengkap dari pihak berkuasa Australia berhubung kematian seorang lelaki dipercayai warga Malaysia di negara itu yang dikaitkan dengan sindiket dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, difahamkan pihak berkuasa Australia sedang membuat laporan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ahli keluarga mangsa yang berada di Malaysia.

"Siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Australia.

"Setakat ini kita (JSJN) masih menunggu laporan lengkap dari pihak sana (Australia) dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan nanti," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Tambah Ayob Khan, pihaknya juga sedang menunggu maklum balas dari pihak berkuasa negara berkenaan sekiranya wujudnya kaitan sindiket dadah di Australia dan Malaysia.

Pada Selasa, Ayob Khan dalam kenyataan berkata, pihak berkuasa Australia telah menemui satu rangka manusia di New South Wales pada Ahad lalu yang dipercayai telah dibunuh lebih dari setahun yang lalu.

Hasil semakan mendapati mangsa dipercayai warga Malaysia berumur 25 tahun dan berasal dari Sarawak.

Ayob Khan berkata, mangsa dipercayai telah memasuki Australia pada November 2016 dengan menggunakan visa pelancong dan ditawarkan sebagai pekerja ladang oleh satu sindiket warga asing yang disyaki terlibat dengan dadah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!