MotoGP: Marquez kembali hujung minggu ini

Marc Marquez - Foto AFP
Marc Marquez - Foto AFP
A
A
A

JUARA enam kali MotoGP, Marc Marquez akan kembali beraksi di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat di Litar Austin, Texas hujung minggu ini selepas pulih daripada masalah mata yang dialaminya setelah terlibat kemalangan di GP Indonesia baru-baru ini, kata Honda pada Rabu.

Honda dalam satu kenyataan berkata, Marquez akan kembali semula di litar selepas berunding dan mendapat kelulusan daripada pasukan perubatannya.

“Sudah tentu saya sangat gembira untuk kembali, ia adalah perasaan yang hebat terutamanya untuk melakukannya di salah satu trek kegemaran saya.

“Namun begitu kami perlu bekerja lebih keras selepas terlepas dua perlumbaan termasuk di Argentina. Buat masa ini saya tidak akan meletakkan sebarang sasaran.

“Banyak perkara yang perlu dilakukan dan dipertimbangkan, tetapi yang penting ialah kami kembali beraksi pada hujung minggu ini,” kata Marquez.

Pelumba berusia 29 tahun dari Sepanyol itu tidak berlumba di GP Indonesia, di pusingan kedua di jajaran kalender sukan permotoran dunia tersebut selepas mengalami kemalangan semasa sesi pemanas badan, menyaksikan kelibatnya juga tidak muncul di GP Argentina minggu lalu.

Untuk rekod, pelumba Repsol Honda itu juga mengalami memori sama pada penghujung musim lalu selepas terlibat dalam kemalangan semasa sesi latihan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!