Eksport daging India naik 4.1 peratus

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

NEW DELHI - [DIKEMAS KINI] Eksport daging kerbau India meningkat kira-kira 4.1 peratus kepada US$3.3 bilion sepanjang tahun kewangan 2021-22, menurut data daripada Kementerian Perdagangan.

Negara itu merupakan pengeksport daging terkemuka dan Malaysia, Mesir, Iraq serta Arab Saudi adalah antara pasaran utamanya.

Beras, daging dan gula adalah antara eksport berasaskan ladang utama India.

Jumlah eksport pertanian sepanjang tahun kewangan April-Mac itu meningkat hampir 20 peratus kepada AS$50.2 bilion, menurut data kerajaan terkini.

Eksport beras basmati jatuh 11.9 peratus daripada tahun sebelumnya kepada AS$3.5 bilion manakala eksport beras bukan basmati meningkat 27 peratus kepada AS$6.1 bilion.

Eksport gula pada 2021-22 melonjak hampir 65 peratus kepada AS$4.6 bilion dan eksport marin meningkat 30.3 peratus kepada AS$7.7 bilion. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!