Sinar Harian terima sijil penghargaan Ketua Polis Kelantan

Wartawan Sinar Harian Kelantan, Adila Sharinni Wahid (kiri) menerima sijil penghargaan Ketua Polis Kelantan disampaikan Shafien di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada Rabu.
Wartawan Sinar Harian Kelantan, Adila Sharinni Wahid (kiri) menerima sijil penghargaan Ketua Polis Kelantan disampaikan Shafien di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Wartawan Sinar Harian antara 10 pengamal media arus perdana menerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini pada Rabu.

Surat penghargaan disampaikan kepada Wartawan Sinar Harian negeri Kelantan, Adila Sharinni Wahid pada majlis berbuka puasa anjuran IPK negeri di Jalan Bayam, di sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, sijil tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen padu oleh pihak media tempatan yang melaksanakan tugas dengan cemerlang dan tepat dalam melaporkan berita berkaitan kepolisian.

“Pengamal media di Kelantan sentiasa menyokong saya sejak saya menjawat jawatan Ketua Polis negeri pada Julai 2020.

“Mereka sentiasa berada bersama saya dan memberikan banyak laporan berkaitan kejayaan polis mahupun operasi yang dijalankan oleh pasukan kami,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar PDRM bersama Media Kelantan di IPK Kelantan di sini pada Rabu.

Barisan pengamal media daripada pelbagai agensi yang menerima surat penghargaan Ketua Polis Kelantan bergambar bersama Shafien (tengah).
Barisan pengamal media daripada pelbagai agensi yang menerima surat penghargaan Ketua Polis Kelantan bergambar bersama Shafien (tengah).

Hadir sama, ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua polis daerah yang menyaksikan wartawan daripada elektronik serta cetak menerima sijil penghargaan.

Artikel Berkaitan:

Shafien yang akan bersara pada hujung April ini turut berterima kasih kepada pengamal media terhadap kerjasama mereka terhadap pasukan itu.

“Saya berharap semua ketua jabatan dan ketua polis daerah akan meneruskan hubungan baik dengan media,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!