Nelayan hilang, bot karam di perairan Pulau Kapas

Bot nelayan tempatan kelas B dengan nombor pendaftaran TRF 1027 dilaporkan karam di kedudukan lapan batu nautika dari Pulau Kapas pada Rabu.
Bot nelayan tempatan kelas B dengan nombor pendaftaran TRF 1027 dilaporkan karam di kedudukan lapan batu nautika dari Pulau Kapas pada Rabu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan dikhuatiri hilang manakala dua yang lain terselamat selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Pulau Kapas dalam kejadian jam 12.30 tengah hari pada Rabu.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, mangsa yang hilang merupakan tekong bot, Wan Mustapha Ayob, 62.

Katanya, bot nelayan tempatan kelas B dengan nombor pendaftaran TRF 1027 dilaporkan karam pada kedudukan lapan batu nautika dari Pulau Kapas.

"Kejadian berlaku ketika tiga lelaki berusia antara 48 hingga 62 tahun itu sedang melakukan aktiviti menangkap ikan.

"Berdasarkan maklumat awal, dua mangsa kecuali tekong sempat diselamatkan kerana memakai jaket keselamatan," katanya dalam kenyataan, disini, pada Khamis.

Menurut Muhammad Suffi, KM REDANG diatur gerak sejurus Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan menerima maklumat.

"Usaha mengesan dan mencari mangsa yang disyaki hilang diteruskan hari ini (Khamis) dengan bantuan nelayan tempatan," katanya.

Beliau berkata, Maritim Malaysia meminta kerjasama masyarakat terutama komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat kecemasan dan salah laku di talian MERS 999 atau 09-6223657 (Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!