Bazar Ramadan Triang dilanda ribut

Keadaan khemah peniaga di bazar Ramadan Triang yang dilanda ribut pada petang Rabu. Gambar kecil; Dari kiri, Suria, Fazli dan Idywati.
Keadaan khemah peniaga di bazar Ramadan Triang yang dilanda ribut pada petang Rabu. Gambar kecil; Dari kiri, Suria, Fazli dan Idywati.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 12 khemah peniaga di tapak bazar Ramadan Triang, Bera, rosak akibat dilanda ribut pada petang Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, kebanyakan peniaga yang menjual minuman dan juadah berbuka puasa sedang menjalankan urus niaga sebelum keadaan bertukar panik.

Peniaga kuih, Suria Abd Rahman, 48, berkata, kejadian itu berlaku begitu pantas dan semua barang niaga serta jualannya tidak sempat diselamatkan.

Menurut, hujan dan ribut yang terlalu kuat menyebabkan semua peniaga melarikan diri ke bangunan kedai berdekatan untuk menyelamatkan diri.

"Pada mulanya, saya ingatkan hujan lebat seperti biasa, namun selang beberapa minit angin mulai kuat. Ketika itu, saya lihat khemah sudah bergerak-gerak dan tiang mula terangkat," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Peniaga roti john, Fazli Yaakob, 34, berkata, kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku sepanjang dia berniaga di bazar Ramadan berkenaan.

Menurutnya, hampir 80 peratus peniaga terpaksa menanggung kerugian selepas khemah dan pelbagai alatan niaga rosak akibat kejadian itu.

"Kita anggarkan 80 peratus peniaga terjejas berdasarkan kerosakan yang kita nampak, tapi jumlah kerugian sebenar masih belum dapat dipastikan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, peniaga makanan, Idywati Idris, 40, berkata, selain khemah diterbangkan ribut, duit hasil jualannya juga hilang.

Idywati berkata, dia tidak sempat menyelamatkan tabung duit hasil jualannya kerana sedang memegang anaknya di bawah khemah.

"Selepas kejadian itu, saya cuba cari tabung duit, namun tidak menjumpainya," katanya.

Sementara itu, pembekal khemah, Mohd John Jusa, 52, berkata, pihaknya terpaksa membuka semula khemah di tapak bazar Ramadan berkenaan dan menunggu arahan Majlis Daerah Bera untuk tindakan susulan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!