Buschening berehat enam bulan

Buschening (dua dari kiri) mencatatkan satu jaringan buat KDA FC dalam saingan Liga Super 2022 setakat ini. - Foto KDA FC
Buschening (dua dari kiri) mencatatkan satu jaringan buat KDA FC dalam saingan Liga Super 2022 setakat ini. - Foto KDA FC
A
A
A

KEDAH Darul Aman (KDA) FC kehilangan sentuhan pemain import kuota Asia Tenggara, Dennis Buschening selama enam bulan yang perlu menjalani pembedahan akibat kecederaan Tendon Achiles.

Perkara tersebut didedahkan oleh Pengendali sang Kenari, Aidil Sharin Sahak pada sidang akhbar selepas pasukannya menang tipis 1-0 ke atas Sri Pahang FC pada aksi ketiga Liga Super 2022 di Stadium Darul Aman pada Rabu.

"Kami berharap Buschening akan cepat sembuh demi perkembangan kerjayanya selepas ini. Kami akan berjumpa dengan pengurusan KDA FC untuk membincangkan tentang posisi dan ketiadaan pemain tersebut, " katanya.

Tambah Aidil, kecederaan pemain kelahiran Jerman yang mempunyai kerakyatan Thailand itu adalah perkara yang normal di dalam sukan bola sepak.

"Kami menghargai apa yang diberikan oleh Buschening. Paling penting adalah kami menghargai kesungguhan yang ditunjukkannya semasa berada pasukan ini," ujarnya.

Pemain tersebut memulakan kerjaya bola sepak remajanya di Borussia Dortmund sebelum beraksi dengan beberapa kelab di Liga German.

Buschening bukan lagi asing dalam kancah Liga Malaysia kerana pernah bersama skuad Sabah pada musim 2020 sebelum menyertai skuad UiTM FC pada musim lalu dan pada tahun 2022 memilih untuk bersama KDA FC.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!